Custom Search
This div will be replaced

part 1


part 2


part 3


part 4


part 5


part 6


part 7


part 8


part 9


part 10


part 11


part 12


part 13


part 14


Wacana perdana Islam di Malaysia – Realiti dan Harapan malam tadi bertukar menjadi forum politik apabila isu tuntutan royalti minyak Kelantan pula muncul sebagai topik perbincangan. Wacana berkenaan membariskan ahli panel Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mantan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaei Ahmad dan Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Malaysia, Afandi Yusof.

Topik itu menjadi berlarutan selepas program yang dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Muhammad Agus Yusuf itu mengutarakan soalan berhubung perkara berkaitan. Afandi mempertahankan keputusan kerajaan pusat yang mahu memberi wang ihsan berdasarkan undang-undang kononnya Kelantan tidak berhak kepada tuntutan tersebut. “Kelantan perlu ingat perjanjian baru dibuat pada 1990 sekali gus telah membatalkan perjanjian yang termaktub sebelum ini dalam Akta Petroleum 1974,” katanya. Perjanjian dibuat pada 1990 dikenali dengan perjanjian Kawasan pembangunan Bersama (JDA) antara Malaysia dan Thailand.

Bagaimanapun hujah Afandi itu disangkal Mohd Amar yang bertegas Kelantan merupakan sebuah negeri dalam Malaysia yang mana telaga minyak terdapat di kawasan perairan pantainya. “Maknanya jika tidak ada Kelantan maka tidak ada Malaysia yang mengusahakan projek pengeluaran bahan api itu pada hari ini. “Bahkan Thailand yang terlibat dengan perjanjian JDA itu memberi royalti kepada Songkla memandangkan berlakunya pertindihan antara perairan pantainya. “Jika kerajaan bukan Islam boleh bersikap adil dan telus berhubung perkara kepentingan rakyat, mana perginya integriti kerajaan pusat di negara kita dalam perkara ini?” soal Mohd Amar.

Hujah Afandi dilihat semakin tercorok ke belakang dengan penampilan Nakhaei yang cuba menyarankan agar royalti tersebut disalurkan mengikut salurannya. “Tak ada gunanya bergaduh dalam perkara ini. Berilah dulu... jika ia gagal diuruskan dengan baik, tarik balik,” kata Nakhaei disambut dengan laungan takbir penonton. Asri turut memukau ribuan penonton melalui hujah bernasnya lengkap bersama adat dan hukum. “Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sekadar mengemukakan hujah atau pandangan untuk dikongsi. Adalah baiknya isu ini diberi kepada yang berhak. Adilkan! “Menafikan hak seseorang merupakan satu perbuatan khianat,” katanya.

Wacana ini diadakan di dewan bangunan Kelantan Trade Centre (KTC) dengan dihadiri lebih 3,000 penonton. Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, Harakah, Kelantan TV dan Aura X-klusif Guest House. Pada majlis yang sama ketika menjawab soalan moderator, Umno menyentuh isu doa bala dicetuskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Afandi lantang mencabar ulama PAS mengemukakan nas dan dalilnya.

“Saya cabar sekarang... kitab mana yang membolehkan umat Islam membuat perkara seperti ini. Ini satu perbuatan mungkar,” cabarnya. Namun hujahnya ditangkis Asri yang mengemukakan dalil dari hadis soheh Muslim berkaitan perkara itu. Asri menjelaskan hadis berkenaan meriwayatkan seorang sahabat pernah mendoabutakan mata seorang individu tertentu lantaran perbuatan fitnah serta penipuan dilakunya. “Akhirnya dengan izin Allah matanya buta hingga ke akhir hayat,” jelas Asri membuatkan dewan sekali lagi bergema dengan laungan takbir penonton. Mohd Amar mencelah untuk memperbetulkan kontroversi doa bala Nik Aziz. Katanya, doa itu tidak diperjelas secara menyeluruh oleh pihak bertanggungjawab mengeksploitasi perkara itu menyebabkan orang ramai menjadi keliru. “Petik sepenuhnya doa itu. Baru dapat maksudnya,” ujarnya.

0 comments:

Template by - guahensem - 2008